السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hey guys and girls. Apa khabar? Moga sihat hendaknya sentiasa.
Semalam bersamaan 6 Ogos 2011 bersamaan juga 6 Ramadan 1432h aq telah pun pergi berbuka puasa bersama beberapa orang blogger yang lain. Sebenarnya aktitiviti ni aq tak rancang pon nak pergi. Aq cuma dapat tau pasal benda ni malam sebelum majlis tu. Entah kenapa time aq tweet pada malam itu, aq ternampak kat timeline aq pasal mereka semua bersembang untuk buka puasa kat KL. So aq pon join la conversation mereka semua.
Pada pagi 6 Ogos, aq tersambung tidur sampai tengah hari. Ni semua sebab ganti balik tidur2 sepanjang minggu lepas. Then pagi tu aq ad text SyedGraphix. Budak ni kononnya nak ajak aq lepak kat KL dari pagi. Tapi bila aq text dia tak reply. Tengah hari baru dia reply. Tidur juga la tu. Then dalam pukul 11 lebih, aq mandi dan bersiap2.
Dalam pukul 12 lebih, dekat2 pukul 1 macam tu, aq pun mulakan langkah dengan menaiki RapidKL T602 kat depa kolej aq ni. Naik sampai PKNS then tukar bas U80 terus ke Pasar Seni. Dari PS aq berjalan kaki ke Stesen LRT Plaza Rakyat dan terus pergi ke Stesen Bandaraya sebabnya ikut planning kami semua akan berkumpul kat Sogo.
Dengan terlebih semangatnya, aq lah orang pertama yang sampai kat sana. Dang. Time tu jam dalam pukul 2 lebih dekat2 pukul 3. Tapi tak lama lepas aq sampai, SyedGraphix pon sampai. Disebabkan kebuntuan akal fikiran, kami berdua duduk kat Secret Recipe dan curi2 guna WiFi SR. Padahal tak beli apa2 pon. Lepak kat sana pun sebab kedai dia jenis open air, kalau jenis indoor tak ada nya kami nak duduk sana. Selepas penat bertweet dengan WiFi SR *SyedGraphix je guna*, akhirnya dekat2 pukul 4 barulah 'abang2' ni sampai-TaufiqHelios, ManYusoef, ZamirZanon and Aslann.
Then kitorang proceed to Jalan TAR untuk window shopping. Macam biasalah keadaan bila kita pergi temapt murah pada hujung minggu, memang jam-packed la kan. So kami pun berjalan berjalan berjalan dan berjalan. Then stop jap semayang asar. Lepas sembahyang tu AhmadJer pula datang. Then jalan balik sampai tak tau nak buat apa dah. Last kami duduk kat tepi jalan sambil menunggu lagi 2 'kakak' dan 2 'abang' ni. And terlupa pula, time kami duduk kat tepi jalan tu, EmanTheHalia pon sampai dengan sedara dia. Dalam pukul 6 lebih sikit, kami mula2 fikir nak buka puasa kat KFC, tetapi malangnya KFC penuh, sebab lambat kot. Then semasa nak turun balik dari tangga KFC tu, kami ternampak la 4 orang yang kami tunggu tu-MuniraSajuti, K.Hanim, NurAizuddin and EazyIzzudin. So total sekarang 13 orang.
Disebabkan kedai makan semua penuh, makanya kami buat keputusan untuk beli makanan kat bazar ramadan kat Jalan TAR je. So kami berpecah dan kumpul balik dekat Laman Tun Abdul Razak untuk buka puasa kat situ. Memang open air la kan. Dah dekat2 nak berbuka datang pula MuezJa. Kami pun duduk bersila dekat dataran tu. Lepas makan kami gerak ke Masjid Jamek dekat dengan Stesen LRT tu untuk sembahyang maghrib. Lepas sembahyang kami semua pergi ke Dataran Merdeka untuk duduk sembang2 dan berseloroh serta berphoto sikit2.
Bila jam dah pukul 9 lebih, kami semua pun buat keputusan untuk pulang ke tempat asal kami semua. Dan aq yang tak pernah naik KTM Komuter pon mendapat pengalaman pertama apabila menaikinya pada malam itu. *wahh skemanya ayat.* Kami semua naik dari Stesen Bank Negara. Sebelum sampai ke Stesen Bank Negara, kami telah pun berpisah dengan ZamirZanon (naik LRT), AhmadJer (kereta), K.Hanim/Munira/Aizuddin/Eazy (kereta) dan sedara Eman (LRT). So kami yang baki2 ni lah yang naik KTM. Tetapi aq terpaksa berpisah dengan mereka-Syed, Eman, Aslann dan Taufiq sebab mereka semua pergi ke Mid Valley tuk jumpa dengan geng yang naik kereta 4 orang tadi tu. So kami berpisah sebabnya tren kami lain2. Jadi aq pun balik la sorang2 terus ke Shah Alam. Then dari Stesen Shah Alam Sekyen 19 aq naik teksi terus ke kolej aq. Alasannya bas dah habis. :(( Terpaksa la keluar duit lebih sikit. Sapa suruh balik lambat kan. Then sampai2 bilik aq pon siap2 and buat apa yang patut plus online kejap tuk cek any new updates. Then tidur. Dan sekarang aq bangun time sahur untuk bersahur dan menaip entry ini. Ok chow dah azan subuh.
Sekiann.
p/s: nak letak gambar tapi tak bawa kamera. :((
~ ♪ ♫ with luv ♫ ♪ ~
____________________________(,")JiwaMusik™(",)____________________________
4 comment(s):
Biasalah, kalau keluar dengan kawan-kawan. Lagi-lagi kawasan KL... Kenalah bajet lebih sikit. Bukan selalu pun. Tapi baguslah, dapat pengalaman baru keluar bersama rakan-rakan dengan aktiviti yang dirancangkan bersama... Bagus-bagus jalinkan ikatan silaturrahim.. :)
@Farid bin Aspar
aha..agak laa kn.. :D
tak pernah pegi jalan tar T-T
time korang berseronok kat KL aku berbuka dengan family aku je. huhu
@SyazwanSarawak
ok gak tu kn berbuka dgn family..ad lg dua hujung minggu..hoho.. :D
Post a Comment